IQNA

Menunaikan solat berjamaah pertama tanpa jarak sosial di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi + video dan gambar

5:50 - October 18, 2021
Berita ID: 3100293
TEHRAN (IQNA) - Solat subuh berjamaah pertama diadakan tampa jarak sosial di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi, dari sejak awal wabak Corona Arab Saudi menyaksikan perarakan para jamaah yang ramai pagi hari ini.

Laporan IQNA, dinukil dari alarabiya.net, bahawa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk pertama kalinya sejak wabak Corona di Arab Saudi, pagi ini menyaksikan barisan jamaah yang ramai.

Video yang disiarkan di media Arab menunjukkan bahawa imam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, untuk pertama kalinya sejak tercetusnya Coronavirus, meminta para jamaah mengatur susunan solat dan mengurangkan jarak.

Pelonggaran sekatan Coronavirus, termasuk penghapusan jarak sosial dan pemakaian masker di tempat awam di Arab Saudi, akan berkuat kuasa mulai hari ini. Oleh itu, dua tempat suci Masjid Nabawi dan Masjidil Haram akan menggunakan kemampuan sepenuhnya untuk menerima jamaah ziarah dan umrah mulai hari Ahad, 17 Oktober.

 
4005727
captcha